Wednesday, June 3, 2009

Minda Ibarat Cip Komputer - Shuqery dari iMotivasi.com

Kebanyakan dari kita tidak tahu peranan sebenar minda separa sedar dalam kehidupan kita sehari-hari.

Tak ramai yang tahu pasal minda dan tak ramai juga yang ingin ambil tahu mengenai kuasa minda.

Akibat dari itu, kita memasukkan saranan-saranan negatif, pemikiran negatif, perasaan negatif dan tanggapan serba negatif ke dalam minda separa sedar kita tanpa kita sendiri sedari.

Minda separa sedar sentiasa menerima apa saja pemikiran yang di masukkan ke dalamnya tanpa mengira ia baik atau buruk melalui perasaan Anda, kata-kata Anda dan emosi Anda.

Minda separa sedar turut menerima segala tanggapan sama ada yang baik atau yang jahat. Ia tak kenal semua tu.

Minda kita ibarat sekeping cip. Cip ini perlu diprogramkan terlebih dahulu untuk menjadikannya berfungsi.

Terpulang pada tuan punya cip program cemana yang dimasukkan olehnya.

Jika dia memasukkan program-program yang baik ke dalam cip itu lalu memasangnya pada sebuah robot, maka segala apa yang dibuat oleh robot tu akan baik jadinya, yang tak merosakkan dan yang tak menjahanamkan.

Masukkan yang baik, hasilnya baik juga.

Tetapi, jika Anda bertindak memasukkan dan menginstall program yang tak baik ke dalam cip tu, segala apa yang dijalankan oleh robot tu sudah tentu perbuatan yang tak baik, yang merosakkan, yang menghancuskan dan yang mendatangkan mala petaka sebab ia sudah disuruh untuk jadi begitu dan hanya itu saja yang dia tahu.

Semuanya bergantung pada cip tadi yang ada dalam kepala robot tu.

Perkataan “program” saya umpamakan sebagai sistem kepercayaan (belief system) kita sendiri.
Ia terbit dari minda kita, terbit dari kata-kata kita sama ada yang di dalam hati mahupun yang keluar dari bibir kita.

Jika Anda rasa Anda boleh buat dan percaya Anda boleh melakukan sesuatu, maka Anda sudah memprogram minda separa sedar Anda yang Anda boleh melakukan apa saja.

Tetapi, jika Anda sangsi dengan kebolehan diri sendiri apatah lagi merendahkan diri sendiri, maka itulah yang akan jadi.

Apa yang Anda fikirkan tentang diri sendiri itulah yang akan masuk sebagai “program” ke dalam minda separa sedar Anda.

Bila dah masuk, minda separa sedar akan menjadikan Anda sentiasa merasa rendah diri, tak bersemangat dan merasakan hidup ini tak ada keindahannya sebab Anda telah memprogramkannya sedemikian tanpa Anda sedari.

Untuk mengubah hidup Anda, ubah sistem kepercayaan Anda terlebih dahulu.

Lihat orang lain. Bila mereka boleh buat, bermakna Anda juga boleh buat.

Banyakkan baca kisah-kisah kejayaan orang lain, teliti kisah jutawan-jutaan dan orang-orang yang cemerlang.

Ikut apa yang telah mereka buat, pelajari pemikiran mereka, kaji mind set mereka dan strategi mereka.

Untuk jadi cemerlang, kita tidak perlu cipta teknik baru. Don’t reinvent the wheel.

Hanya ikut teknik kecemerlangan yang sedia ada dan gunakan ia untuk kejayaan diri sendiri.

Ini sudah terbukti.

Jimat masa, jimat tenaga dan jimat ‘fulus’ Anda.

Irfan Khairi menjadi jutawan pada usia muda kerana dia mengkaji strategi yang dilakukan oleh Corey Rudl dan Ken Evoy lalu mengaplikasi hasil kajiannya itu pada perniagaan sendiri.

Dengan menggunakan teknik yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya oleh Corey Rudl dan Ken Evoy, dia berjaya menjadi jutawan pada usia ramai graduan menganggur.

Jadi,

Mula ubah sistem kepercayaan Anda hari ini juga. Programkan minda dengan ilmu, kemahiran dan attitude positif.

Moga Anda cemerlang hendaknya.

No comments:

Post a Comment