Wednesday, August 18, 2010

Kenapa masih tak KAYA




Adakah aliran wang tunai anda amat ketat dan tenat? Sentiasa tak cukup duit? Adakah anda hendak kaya tetapi masih belum menjadi kaya? Tahukah anda apa yang membuatkan anda terhalang dari tertarik untuk mendapat kekayaan? Jawapannya mungkin mengejutkan anda. Halangan yang menghalang anda daripada kaya adalah mungkin diri anda sendiri. Biar saya jelaskan.

Sudah berapa kali anda menyatakan kepada diri anda "Saya berharap akan kaya satu masa nanti" atau " Saya harap akan lebih kaya dari hari ini". Saya menggelarkan kata-kata sebegini sebagai 'Wishful Thinking'. Kenapa? Kerana anda hanya berharap dan berangan-angan. Jika anda kerapkali mengucapkan kata-kata sedemikian, anda sebenarnya sedang menghantar isyarat negatif kepada minda anda. Anda sebenarnya sedang memberitahu diri anda bahawa anda masih belum kaya dan kaya hanyalah satu impian dan harapan anda. Ini boleh dikategorikan sebagai Affirmasi dan Visualisasi yang negatif.

Selain itu apa yang anda perlu elakkan?

Ramai orang memiliki sikap negatif terhadap kekayaan. Itulah sebabnya ada antara mereka sering beranggapan bahawa menjadi kaya itu keji. Golongan seperti ini sering menuduh orang kaya mendapat kekayaan melalui cara HARAM seperti judi, jual dadah, merompak dan sebagainya.

Adakah keji jika menjadi kaya? Adakah mustahil untuk orang mengumpulkan kekayaan dengan keupayaan serta kemahiran mereka sendiri? Kenapa mesti berfikiran bahawa untuk kaya mesti terjebak dengan perkara yang tidak beretika atau tidak bermoral? Kenapa beranggapan bahawa orang kaya adalah pengacau dalam masyarakat? Adakah semua orang kaya sombong dan kedekut? Tidak dinafikan ada sebahagian orang kaya yang bersikap sedemikian namun setiap orang kaya mempunyai pilihan untuk menjadi orang yang baik, yang banyak menyumbang kapada masayarakat.

Jika sekarang anda mempunyai fikiran yang tidak baik berkenaan kekayaan, secara tidak langsung, anda akan anda memisahkan diri anda dengan kekayaan dan sekali lagi, tanpa disedari kehendak ini mensabotaj cara anda melakukan perkara-perkara untuk memperolehi kekayaan anda.

Oleh itu jurang yang memisahkan orang yang sangat kaya dengan orang yang mempunyai aliran wang tunai yang sangat ketat bukanlah kecerdasan (IQ), kerja kuat, pendidikan, kemahiran-kemahiran, peluang atau nasib. Isu utamanya ialah berkaitan kepercayaan dan sikap anda. Ini adalah tema yang hangat dibincangkan di seminar-seminar, kem-kem motivasi juga dan buku-buku berkaitan kekayaan yang ditulis oleh pakar terkenal seperti Anthony Robbins, Robert Kiyosaki dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment