Thursday, June 11, 2009

Mustahilkah Menjadi Jutawan dalam MLM







Dalam sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuarat mingguan atau bulanan, penceramah syarikat sering berkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalam perniagaan ini - menjadi jutawan! Ramai pengedar yang sangsi dengan kata-kata penceramah ini. Benarkah boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannya agak mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahil tetapi ini tidak bererti ia tidak boleh menjadi kenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalam bidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90% kekayaan dapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yang mahu bergelar usahawan jutawan, anda perlu percaya bahawa anda boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini tetapi bukanlah dalam sekelip mata.
Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat dapat dibina, barulah anda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama amat diperlukan.
Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah mahu buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini. Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!"
Peniaga-peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates "mencipta keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan orang ramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluan orang ramai pada masa akan datang.
Dalam MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannya juga telah diketahui. Misalnya, sabun cuci digunakan untuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini bererti anda hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan sabun cuci untuk membasuh pakaian. Untuk lebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yang lain, anda perlu "mencipta keperluan pelanggan" melalui sabun cuci.
Misalnya, terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikian rupa sehingga menjadi serba guna (multi-purpose). Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat pula dijadikan baja tanaman atau membersihkan barangan kemas daripada kekotoran daki. Pendek kata, anda mesti kreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yang anda edarkan bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untuk kegunaan yang lain.
Jika anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produk tersebut menjadi best-sellers. TETAPI, jangan mereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda uji sepenuhnya kerana jika tidak benar, anda sendiri yang akan rugi.
Anda boleh menjadi jutawan dengan memastikan produk syarikat anda dapat dijual secara banyak. Katakan, sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00. Jika anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotak sebulan, maka jualan anda berjumlah RM1,300,000. Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000 bagi setiap jualan. Jumlah isi rumah di negara ini bukan setakat 100,000 buah tetapi berjuta-juta. Jika hanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysia membeli sabun cuci anda, maka jualan anda ialah (RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi, anda tidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotak sabun sebulan. Anda mesti mendapatkan bantuan. Cara terbaik adalah dengan menaja prospek yang berbakat dan berkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapi juga di luar daerah dan negeri anda.
Dengan bantuan downline anda, barulah anda akan dapat melakukan jualan berjuta-juta kotak sabun sebulan ke seluruh negara agar anda memperoleh bonus bulanan ratusan ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuat jualan ulangan bagi produk yang sama dan membuat jualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsia jutawan MLM.
Untuk mendapatkan belian ulangan daripada pelanggan anda, anda wajib membuat servis dan harus bijak menghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/baru kepada pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelanggan A hanya membeli sabun cuci anda, kini anda berpeluang menambah senarai produk dalam menu belian pelanggan anda itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan dan ajarkan kepada downline anda supaya mereka juga mencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline anda mempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akan mendapati jualan bulanan kumpulan anda akan "boom" pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya.
Ringkasnya, untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehingga mencapai taraf jutawan, anda perlu menjadi seperti ayah yang mempunyai sikap dan sifat yang baik dan mengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itu kepada anak-anak anda.Jangan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendiri masih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mesti melakukannya juga.
Jangan cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelang anda akan pecah juga. Jika ini terjadi, anda akan kehilangan kredibiliti. Downline tidak akan mempercayai anda dan tindakan anda sendiri.
Selain itu, anda mesti telah benar-benar memahami semua produk dalam senarai produk syarikat MLM anda - harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya, cara menggunakan produk supaya lebih berkesan. Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba menerangkan kelebihan produk anda dan semasa anda disoal tentang produk itu.
Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalan pelanggan berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar tersilap memberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, anda mesti "mencintai" produk anda. Sekiranya anda telah benar-benar "mencintainya", mudahlah anda menyelami "isi hatinya". Mudah jugalah anda memperkenalkan produk itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.
Anda perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat. Dengan kefahaman yang menyeluruh, anda akan dapat membina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangka masa yang anda perlukan untuk mencapai sesuatu hirarki, berapa banyak bonus bulanan yang ingin anda hajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja. Ramai yang berkecimpung dalam jualan langsung tidak memahami pelan pemasaran secara menyeluruh. Bagaimana mereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengira bonus bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidak mampu?
Inikan pula untuk menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini umpama seorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibu bapa (pelanggan) anda. Jika anda tidak mengenali gadis (pelan pemasaran) itu secara menyeluruh - namanya, alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya, jangan salahkan ibu bapa (pelanggan) anda jika mereka enggan menerimanya sebagai menantu (menjadi downline) anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akan dapat menetapkan matlamat perniagaan anda.
Anda Belajar, Anda Sedar
Anda Faham, Tiada Waham
Anda Buat, Anda Kuat

Tuesday, June 9, 2009

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers.

For old and serious diseases as well as modern illnesses. The water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a hundred percent cure for the following diseases:

* Headache
* Body ache
* heart system
* arthritis
* fast heart beat
* epilepsy
* excess
* fatness
* bronchitis
* asthma
* TB
* Meningitis
* Kidney and Urine diseases
* vomiting gastritis
* diarrhea
* piles
* diabetes
* constipation
* all eye diseases
* womb cancer
* menstrual disorders
* ear nose
* throat diseases

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink four glasses of water each of 160 ml.

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes.

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for two hours.

5. Those who are old or sick and are unable to drink four glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to four glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure main diseases:

1. High Blood Pressure 30 days
2. Gastric 10 days
3. Diabetes 30 days
4. Constipation 10 days
5. Cancer 180 days
6. TB 90 days

Arthritis patients should follow the above treatment for only 3 days in the first week to be followed by daily treatment.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

Good Health to you all.......

Buku 166 Tip Sales Efektif




166 Tip Sales Efektif

Author: Sharuddin Abdullah, Ashadi Zain

Binding: Softcover, 300 pages (2006)

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN: 9833585418
Price: RM30.00

Sinopsis

Sekiranya anda minat berniaga dan ingin tahu tip-tip yang dapat membantu meningkatkan jualan, inilah bukunya. Antara yang menarik adalah teknik menjawab bantahan, menyemarakkan semangat yang lemah dan cara menjawab pembenci jurujual. Sesuai untuk mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, multilevel marketing, insurans, takaful, amanah saham dan sebagainya.

Mengapa menjual? Adakah bagi mencari keuntungan semata-mata? Adakah bagi memuaskan kehendak material yang bersarang di jiwa? Ya, ini semua adalah antara sebab seseorang itu menjual.

Namun begitu, itu semua cuma membawa keuntungan yang bersifat sementara. Mesej utama yang ingin kami sampaikan dalam buku ini cukup mudah, iaitu kita perlu menjual dengan niat yang betul. Usah jadikan wang ringgit sebagai matlamat nombor satu kita tetapi berniatlah bagi menjadikan kerjaya jualan sebagai satu cara membantu orang memenuhi keperluan mereka. Dengan demikian, kita akan lebih berjaya.

Mengejar impian. . . .
Impian di hati. . . .
Disemai dan dibaja. . . .
Dijaga rapi. . . .
Akhirnya mereka berjaya jua. . . .
Menjadi jurujual. . . .
Jurujual terbilang!
Selamat membaca dan semoga kita berjaya!

Isi Kandungan
Prakata
Tip 1 Konsep Komoditi Diri
Tip 2 Konsep M dalam Bidang Jualan
Tip 3 Trend sana Trend sini
Tip 4 Jurujual Berhati Waja
Tip 5 Jangan Tak Close
Tip 6 Teknik Kehendak
Tip 7 Penolakan. . . Alah Bisa Tegal Biasa
Tip 8 Antara Leceh dan Tidak
Tip 9 Profesionalisme
Tip 10 Sebelum dan Selepas Menjual
Tip 11 Perlu Dipantau
Tip 12 Pengurusan Diri
Tip 13 Terburu-buru Akhirnya Terbelenggu
Tip 14 Insentif Jualan
Tip 15 Kuota Sana, Kuota Sini
Tip 16 Pecah-pecahkan Ia
Tip 17 Falasi Pandang Sebelah Mata
Tip 18 Istiqamah
Tip 19 Teknik Kumpulan Sokongan
Tip 20 Sekali Pandang, Sudah Menyampah
Tip 21 Faktor Telinga
Tip 22 Elemen Agenda
Tip 23 Bahasa Badan Seorang Jurujual
Tip 24 Kenali Budaya Pelanggan
Tip 25 Prinsip Mahu Tapi Malu
Tip 26 Prinsip Pengguna Ideal
Tip 27 Teknik Pengalaman Sendiri
Tip 28 Faktor Teruja
Tip 29 Sentiasa Fikir Menang-menang
Tip 30 Agaknya. . . .
Tip 31 Yakin Diri
Tip 32 Kertas Cadangan
Tip 33 Taktik Serbu
Tip 34 Berikan Kelonggaran kepada Pelanggan
Tip 35 Satu Demi Satu
Tip 36 Cara Menjawab Pembenci Jurujual
Tip 37 Lahirnya Seorang Jurujual
Tip 38 Betul Ia Sedap?
Tip 39 Cara Berdiri
Tip 40 Cara Duduk
Tip 41 Cara Memegang
Tip 42 Teknik Tempoh Bertenang bagi Prospek
yang Degil
Tip 43 Teknik Testimoni
Tip 44 Teknik Pinjam Autoriti
Tip 45 Teknik Kisah Kejayaan
Tip 46 Kedekut? Jangan Kedekut
Tip 47 Beritahu Perkembangan Terbaru
Tip 48 Jangka Pendek ataupun Jangka Panjang?
Tip 49 Sayang Downline Tinggal-tinggalkan
Tip 50 Pelanggan Pemalas ataupun Jurujual
yang Malas?
Tip 51 Taktik Demo
Tip 52 Teknik Objektif Utama
Tip 53 Prinsip Technicality
Tip 54 Prinsip Perbandingan Negatif
Tip 55 Saudaralah Raja!
Tip 56 Langkah Susulan bagi Produk Makanan
Kesihatan
Tip 57 Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tip 58 10 Amalan Harian Jurujual
Tip 59 Teknik Langkah Bendul
Tip 60 Prinsip Monyet
Tip 61 Kesan Nila
Tip 62 Prinsip Aku
Tip 63 Kesan Bayang-bayang
Tip 64 Teknik Iktiraf
Tip 65 Prinsip Malukan Dia!
Tip 66 Penggunaan Alat Bantuan Jualan
Tip 67 Teknik Dua ke Satu
Tip 68 Cara Menilai Kedudukan Perniagaan
MLM Saudara
Tip 69 Faktor I
Tip 70 Fakta yang Perlu Saudara Tahu
Tip 71 Fenomena Duplikasi
Tip 72 Teknik Senarai Nama
Tip 73 Cara Menilai Prospek Melalui Sistem
Pemarkahan
Tip 74 Kesan Gunung Berapi
Tip 75 Laksanakan!
Tip 76 Teknik ‘Ajak Lebih Sedikit’
Tip 77 Semangat Perkongsian
Tip 78 Pengurusan Masa
Tip 79 Teknik Lebar-Dalam
Tip 80 Jangan Sebut Perkataan-perkataan Tertentu
Tip 81 Fobia Telefon
Tip 82 Contoh Skrip Semasa Temu Janji
Tip 83 Formula SSSN
Tip 84 Teknik Tee-up
Tip 85 Cara Memilih Syarikat
Tip 86 Jangan Menakut-nakutkan Prospek
Tip 87 Jangan Menakut-nakutkan Prospek
Tip 88 Jurujual=Pemimpin
Tip 89 Manfaat Menyertai Perniagaan MLM
Tip 90 Teknik Sate
Tip 91 Perjumpaan Kumpulan (Mingguan)
Tip 92 Prinsip Mudah
Tip 93 Mengenal Jenis-Jenis Prospek
Tip 94 Pasaran Panas, Suam ataupun Sejuk
Tip 95 Prinsip Utama Kejayaan dalam Kerjaya
Jualan
Tip 96 Faktor Kegagalan dalam Kerjaya Jualan
Tip 97 Tempoh bagi Mendapatkan Pendapatan
Lumayan
Tip 98 Soal Hati
Tip 99 Memberi Bahan Bacaan ataupun Kaset
dan VCD
Tip 100 Adakah Saudara Pemimpin yang Berkesan?
Tip 101 Aku Takut Menjual
Tip 102 Fenomena Desperado
Tip 103 Elakkan Berjumpa Orang Apabila. . .
Tip 104 Prinsip Pukul 10
Tip 105 Proses Menjual
Tip 106 Kad Nama
Tip 107 Teknik Tawaran Kedua
Tip 108 Teknik Halo
Tip 109 Etiket Pakaian
Tip 110 Merekrut Jurujual yang Baik
Tip 111 Cara Melayan Pelanggan yang Marah
Tip 112 Hendak Jual Lagi?
Tip 113 Biarlah Spesifik
Tip 114 Sentuhlah Mataku
Tip 115 Sikap yang Perlu Dibuang oleh Jurujual
Tip 116 Cara Menangani Penurunan dalam Jualan
Tip 117 Cara Menetapkan Matlamat
Tip 118 Teknik YSS (Yang Sudah tu, Sudahlah. . . .)
Tip 119 Prinsip Sifar
Tip 120 Hormati Upline
Tip 121 Teknik PD (Persaingan Diri)
Tip 122 Teknik-teknik yang Tidak Beretika
Tip 123 Cara Mengelakkan Rasuah
Tip 124 Amalan Asas Seorang Jurujual
Tip 125 Tiga Golongan dalam Perniagaan MLM
Tip 126 Cara Melakukan Pembentangan Berkesan
Tip 127 Cara Mewujudkan Kumpulan yang
Bermutu Tinggi
Tip 128 Prinsip Komunikasi yang Baik
Tip 129 Kepintaran Emosi Jurujual 1: Cara
Menyemarakkan Semangat yang Lemah
Tip 130 Cara Menghadapi Pencuri Impian
Tip 131 Kepintaran Emosi Jurujual 2: Cara
Mengurus Tekanan
Tip 132 Faktor Penghasut atau Penyokong
Tip 133 Tempat yang Perlu Dielakkan
Tip 134 Jangan Terangkan Dua Topik Sekali Gus
32 Tip Menjawab Bantahan
Bibliografi

4 Langkah Menuju Kejayaan - Mohd Shuhaimy Abu Bakar

Hari ini saya ingin berkongsikan 1 prinsip yang saya guna pakai apabila mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup saya. Ianya sesuatu yang agak biasa.. tetapi ramai yang terlepas pandang mengenainya. Insyallah.. dengan mengetahui prinsip ini, jiwa anda akan menjadi lebih kental dan tidak akan mudah putus asa apabila melakukan sesuatu perkara.

Sedar atau tidak… apabila kita sedang berusaha melakukan sesuatu dalam hidup kita, kita selalunya akan melalui 4 proses.. atau peringkat.. atau langkah.. atau.. erm…. whataever lah… tapi yang penting.. memang ada 4.

Kepercayaan

Sebelum kita melakukan sesuatu, perkara pertama yang perlu kita miliki ialah kepercayaan terhadap perkara tersebut. Ya!.. itulah juga perkara pertama yang disematkan ke dalam jiwa setiap insan ketika Nabi Muhammad menyebarkan ajaran agama Allah.

Contoh lain, jika anda ingin buat duit di internet.. anda perlu percaya dengan yakin terlebih dahulu bahawa.. “Anda memang boleh buat duit di internet”. Kita tidak akan melakukan sesuatu perkara jika kita tidak percaya terhadapnya.

Kepercayaan ini boleh diperolehi menerusi pembacaan, penglihatan, pendengaran ataupun pengalaman sendiri. Anda pernah terbaca ada orang yang buat duit di internet, anda pernah lihat dan dengar kisah orang buat di internet.. dan apabila anda pernah mengalaminya sendiri.. kepercayaan itu akan menjadi lebih kukuh.

Begitu juga jika anda mahu berkahwin 4, maka, anda perlu percaya dengan yakin bahawa anda memang boleh dan mampu berkahwin 4.. oh!

Strategi / Perancangan

Setelah kita percaya terhadap sesuatu perkara, kita perlulah mempunyai perancangan dan strategi. Kita perlu merancang bagaimana kita hendak melakukannya. Seperti yang selalu kita dengar.. Tidak merancang, bererti.. merancang untuk gagal. Jadi.. merancanglah. Pada peringkat ini, anda perlukan banyak ilmu, lebih banyakkan membaca dan menuntut ilmu pada peringkat ini.

Bertindak & Berusaha

Setelah anda percaya dan mempunyai perancangan, langkah seterusnya adalah berusaha. Berusahalah dengan gigih mengikut rancangan yang telah dilakukan. Ini adalah peringkat dimana anda perlu bertindak dan berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin.

Jadai.. Jangan lupa mengedarkan kad nama anda setiap kali terjumpa awek yang menawan! (bagi yang merancang ingin berkahwin 4)

Hasil

Setelah berusaha… maka.. akan terhasillah “hasil”nya. Disini.. Jika hasil yang diharapkan tidak begitu memberangsangkan… selalunya ramai yang akan mula kecewa, kecundang, putus asa dan sebagainya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan ialah.. “Tingkatkan Usaha”.. kemungkinan besar, usaha yang anda lakukan adalah tidak mencukupi. Contohnya, apabila tiada jualan yang terhasil… kemungkinan besar usaha promosi anda tidak mencukupi.. maka. lakukan lagi usaha promosi dengan lebih giat lagi.

Ataupun.. jika tiada seorang awek pun yang berminat untuk berkenalan dengan anda.. tingkatkan usaha lagi.. edarkan lebih banyak lagi kad nama.. mungkin anda perlu edarkan juga kad anda kepada makcik kantin atau makcik cleaner.. tapi jangan lupa cakap pada makcik tu “Sila berikan kad saya ini pada anak dara makcik yang paling cun!”.. oh!

Tetapi, setelah berusaha bermati-matian, hasil yang diperolehi masih mendukacitakan. Maka.. tibalah masanya untuk anda “Mengubah Strategi/Perancangan” … mungkin strategi atau teknik yang anda lakukan tidak betul. Contohnya, menghantar email SPAM. Strategi pengiklanan sebegitu memang tidak berkesan.. jadi anda perlu mengubahnya.

Contoh lain.. ubah strategi.. dari memberi kad nama, mungkin anda perlu tukar dengan memberi bunga atau coklat?.. atau handphone?

Setelah mengubah strategi.. lakukan semula “tindakan & usaha” dengan sebaik mungkin…. insyallah anda akan berjaya.

Jika masih gagal juga.. tingkatkan usaha sehingga sehabis mungkin… jika gagal.. ubah strategi lagi dan kemudian.. usahakan semula dengan usaha yang terbaik sehabis mungkin.

Namun setelah 4-5 kali mengubah strategi dan setiap strategi telah di usahakan dengan sebaik mungkin.. tetapi masih gagal. Maka barulah anda boleh mengubah kepercayaan anda. Mungkin anda memang telah ditakdirkan tidak boleh berkahwin 4. Maka, carilah kepercayaan yang baru dan usahakan pula kepercayaaan anda yang baru itu. Mungkin kahwin 2 je?

Itulah peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh seseorang apabila mereka percaya terhadap sesuatu.

Tidak kiralah sama ada kepercayaan itu betul atau tidak, mereka pasti akan melalui 4 peringkat diatas itu.

Ada orang percaya..mereka boleh kaya dengn melakukan perniagaan internet

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan melakukan perniagaan pasar malam..

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menjalankan perniagaan MLM.

Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menyertai skim-skim pelaburan..

Ada orang percaya.. mereka boleh jadi kaya dengan menyertai skim cepat kaya..

Apa-apa pun yang anda percaya.. saya nasihatkan anda agar tidak mudah mengubah kepercayaan anda.
Ramai orang yang melakukan kesilapan ini.. dimana.. apabila mereka melihat hasil yang diperolehi tidak seperti mana yang diharapkan. Mereka akan terus mengubah kepercayaan mereka.

Itu adalah sesuatu yang silap.. sepatutnya, mereka perlu terlebih dahulu tingkatkan usaha, jiika gagal, ubah pula perancangan.. usahlah terlalu mudah untuk mengubah kepercayaan. Takut-takut.. anda akan sesat dan terus berada di dalam kegagalan.. :)

Dan.. kepada mereka yang risau melihat rakan mereka yang mempunyai kepercayaan yang silap (percaya terhadap skim cepat kaya).. anda tidak perlu risau.. lambat-lain, rakan and aitu akan sedar juga.. kerana, kepercayaan yang silap akan sentiasa membawa kepada kegagalan..

Sekian, yosh!

Bab 1 : Perniagaan MLM

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia.

Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya.

Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain.

Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO).

Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.

Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.

Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata.

Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:* Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki "pekerja" sendiri.* Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.* Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.* Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.* Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Kata-kata nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung.

Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi kejayaan", barulah mereka berjaya.

Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor.

Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Monday, June 8, 2009

How to become a money magnet

Saya telah menerima satu email mengenai how to become a money magnet. Ia adalah satu video, dan saya pasti anda pasti berminat untuk melihatnya.


Video ini menceritakan tentang bagaimana anda boleh melatih diri anda menjadi money magnet, dan seterusnya menarik lebih banyak wang kepada anda.

Memikat Hati Pelanggan Versi Datuk Maznah Hamid

Sent by : Norlela Zubir

Datuk Maznah Hamid adalah usahawan pertama yang saya temuramah untuk buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia. Dalam pertemuan lebih 2 jam dengan The Iron Lady itu, beliau berkongsi banyak kisah bisnes. Antara yang menarik ialah cerita-cerita bagaimana beliau memberi layanan istimewa kepada para pelanggannya.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bisnes keselamatan, ramai di kalangan pelanggan Datuk Maznah adalah orang-orang bisnes yang kaya-raya. Pada suatu malam, Datuk Maznah dikejutkan daripada tidur nyenyaknya oleh satu panggilan telefon. Pemanggilnya seorang tauke besar berbangsa Cina yang juga bergelar Datuk. Tauke itu kedengaran sangat tidak tenteram. Dia berkata demikian : Datuk, saya tidak boleh tidur. Hati saya sangat runsinglah. Bolehkah Datuk menolong saya?

Meski pun beliau merasa kurang selesa kerana diganggu tidurnya, Datuk Maznah tidak menunjukkan reaksi kurang senang. Sebaliknya dengan tenang beliau bertanya apa masaalah yang mengganggu fikiran tauke besar itu. Sambil mendengar dengan teliti, hati beliau berkata-kata : Alahai, apa hal pula tauke ini mengadu masaalahnya dengan aku malam buta begini? Dia ingat aku ini Power Rangerskah? Power Rangers pun tidak boleh selesaikan semua kes!

Datuk Maznah ketawa sendiri sambil terus memasang telinga. Selepas sabar mendengar, Datuk Maznah memujuk tauke itu dengan lembut sambil berkata : Beginilah. Datuk jangan risau sangat. Sekejap lagi saya bangun sembahyang dan saya akan berdoa. Sekarang saya mahu baca satu doa untuk tenangkan fikiran. Datuk dengar baik-baik. Ini doa sangat bagus. Doa ini saya ambil dalam Kitab Suci Al Qur’an.

Datuk Maznah pun membacakan sebuah doa untuk menenangkan hati dalam versi Melayu. Tauke besar itu mengikut bacaannya perlahan-lahan. Kemudian Datuk Maznah berkata : Sekarang Datuk pergi tidur, ok. Jangan risau apa-apa lagi. Itu masaalah boleh selesai. Datuk orang baik. Tuhan boleh tolong. Good night, Datuk!

Datuk Maznah pun bangun mengerjakan solat tahjud dan selesai solat beliau berdoa seperti yang biasa beliau amalkan. Dipendekkan cerita, tidak lama kemudian, tauke besar itu menjemput Datuk Maznah datang ke pejabatnya. Beliau memperkenalkan Datuk Maznah kepada rakan-rakan niaganya yang lain. Tauke itu memuji-muji Datuk Maznah di hadapan mereka.

Menurut Datuk Maznah, bisnes beliau berkembang di kalangan orang-orang kaya secara word of mouth. Para pelanggan yang merasa sangat berpuas hati kerana diberi layanan istimewa oleh beliau merekomenkan dirinya kepada rakan-rakan bisnes mereka. Kata Datuk Maznah : Saya tidak pernah meminta-minta bisnes. Orang yang beri bisnes kepada saya kerana mereka sukakan saya. Mereka kata saya pandai memujuk, hahaha!!!

Tambah Datuk Maznah lagi : Kadang-kadang isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan bisnes pun, mereka tanya saya bagaimana hendak selesaikan. Ada satu kes anak orang kaya mahu kahwin dengan penjaga kuda. Ayahnya meminta saya pujukkan supaya anak gadisnya itu mengubah fikiran. Hoi, itu cerita lagi best, hahaha!!!

Iktibar kepada peniaga :-

  1. Orang bisnes perlu ada banyak skil. Antara yang paling penting ialah skil memujuk (skill of persuasion) dan skil menyelesai masaalah (problem soving).
  1. Apabila orang bisnes memiliki banyak skil kemanusiaan, bisnes mereka akan bertambah baik.
  1. Iklan yang dibuat melalui word of mouth sangat kuat impaknya. Kita tidak perlu pun beria-ia mengatakan betapa bagusnya perkhidmatan kita. Sebaliknya orang lain yang berpuas hati dengan apa yang kita beri akan melakukannya dengan cara mereka sendiri.
  1. Kata-kata pujian tentang sesuatu bisnes yang didengar melalui pihak ketiga terbukti lebih berkesan untuk memikat hati pelanggan.