Monday, August 31, 2009

Biztalk Hai-O di Ipoh

Seperti biasa Biztalk Hai-O Ipoh diadakan
pada Sabtu 5/9/2009 Jam 11 pagi di Azma Marketing
Medan Gopeng Ipoh

Sila hadir bersama-sama rakan kongsi anda
bagi memantapkan ilmu pengetahuan bagi
bisnes yang anda ceburi

Kearah Kehidupan Yang Lebih Berjaya..

Thursday, August 27, 2009

Pengumuman

Biztalk Hai-O bagi Group Taipan 181 Ipoh akan
diadakan pada tarikh dam masa berikut:

Tarikh : 29/8/2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Lokasi: Azma Marketing, Medan Gopeng, Ipoh

Masuk Percuma. Semua yang berminat
dijemput hadir.

Bersama-sama meningkatkan ekonomi keluarga
dan bangsa kita.

Monday, August 24, 2009

20 AMALAN MURAH REZEKI

Hari ni,blog letak pasal 20 AMALAN MURAH REZEKI,






Apa lagi,check it-out,mudah-mudahan saya dan anda mendapat manfaat darinya,insya-Allah




1. Menyempatkan diri beribadah.


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)



2. Memperbanyak istighfar.


Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa.


Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah.


Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah)

daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain


Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)8. Banyak berselawat.


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak .


Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi


Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim


Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa


Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya


Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Wednesday, July 29, 2009

BIZTALK MINGGUAN GROUP TAIPAN 181

Pengumuman Untuk Semua

Mulai 01hb Ogos 2009 Biztalk Taipan 181 d Ipoh Perak akan
diadakan pada Setiap Minggu

Hari : Sabtu
Masa : Jam 3.30 petang
Lokasi : Restoran Nasi Ayam Nusantara
156, Jalan Raja Dr Nazrin Shah
Medan Gopeng

Sila war-warkan pada semua prospek /bakal rakan
kongsi yang ada di Sekitar Ipoh

Pastikan Setiap Jengkal Tanah ada TAIPAN 181

Friday, July 17, 2009

Biz Talk kedua Taipan Ipoh di Medan Gopeng




Pada 11hb Julai 2009 Sabtu, jam 4.00 petang , Biz talk kedua telah diadakan di Azma Marketing Medan Gopeng. Kira-kira 30 rakan kongsi Taipan telah hadir sama.

Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan atas kehadiran CDM Siti Rohani, CDM Amran, CDM Sabarinah dan pasangan dari Kuala Lumpur. Majlis juga dihadiri oleh DDM, DSM, SMM, SM dari Ipoh, Parit Buntar dan Tapah.

Seterusnya ucapan aluan diberikan oleh CDM Sabarinah yang banyak memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada peserta.Acara Ice breaking diisi oleh DDM Norhadi

Dalam sessi sharing pengalaman disertai oleh rakan kongsi:
SSM Abd Kharis
SSM Aziz
DSM Fauzi
DSM Afnifarizal
DSM Rosnizan

Marketing Plan diterangkan oleh CDM Siti Rohani yang banyak mencurahkan pengalaman beliau dalam mencapai tahap tertinggi dalam perniagaan yang menjamin masa depan yang lebih gemilang

Acara penutup diakhiri dengan sessi table talk bersama rakan kongsi baru dan jamuan ringan.

Untuk makluman sessi biz talk akan datang akan diadakan setiap minggu jam 3.30 petang di Bilik Seminar , Nasi Ayam Nusantara Medan Gopeng. Marilah sama-sama merebut peluang demi masa depan yang lebih gemilang. Jumpa di Puncak Kejayaan.

Sunday, July 5, 2009

Biz Talk Group Taipan 181 di Ipoh


Pada 27hb Jun 2009 telah diadakan Biz talk di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice, Jalan Raja Muda Musa mulai jam 4.00 petang hingga 8.00 malam . Seramai kira-kira 60 orang telah hadir ke perjumpaan sulung yang dianjurkan oleh Group Taipan Ipoh.

Acara dimulakan dengan mengalu-alukan kedatangan CDM-CDM Taipan 181 Kuala Lumpur yang telah meluangkan masa hadir ke majlis ini, CDM Kartini, CDM Kamaruddin, CDM Roshila, CDM Zaifery, CDM Sabarina, CDM Norita dan CDM Aidawaty.

Dalam kata-kata aluan CDM Sabrina mengucapkan tahniah kepada Group Taipan Ipoh yang berjaya mengadakan biz-talk dan berharap ianya dapat dijalankan secara berkala mingguan atau dwi mingguan. Sekiranya sambutan menggalakkan pada masa akan datang di lokasi yang lebih srategik perlu dipilih untuk menampung jumlah kapasiti peserta yang besar

Diikuti seterusnya acara “Icebreaking oleh CDM Roshila yang menerang 7 Faktor Kejayaan Perniagaan MLM Syarikat Hai-O Marketing. Kejayaan dalam bisnes ini amat terjamin dengan syarikat yang kukuh, produk berkualiti dan jaminan bonus dan imbuhan yang tinggi dari pihak syarikat.

Acara sharing pengalaman usahawan-usahawan Hai-O dari Group Taipan 181 adalah mengikut turutan seperti dibawah:-

SSM Aziz (Ipoh)
SSM Abdul Kharis (Ipoh)
DSM Rusnizan (Kuala Lumpur)
DSM Ruziana Ayu (Kuala Lumpur)
DDM Rohaya (Kuala Lumpur)
DDM Fitri (Pulau Pinang)
CDM Norita (Kuala Lumpur)
CDM Aidawati (Kuala Lumpur)

CDM Kartini menerangkan secara terperinci Marketing Plan Group Taipan 181 yang amat mudah bagi yang mahu berjaya dapat mencapai pangkat tertinggi dalam Syarikat Hai-O Marketing dengan Pendapatan dan Bonus yang menarik. Bisnes yang dijamin tanpa risiko dengan sokongan yang kuat dari semua rakan kongsi Taipan 181 dan pihak Hai-O sendiri.

Dalam Acara Table-Talk rakan kongsi Taipan 181 yang menerangkan lebih terperinci kepada prospek yang dibawa bersama seterusnya menutup dengan mengisi borang keahlian baru.

Acara disudahi dengan jamuan makan dengan hidangan istimewa Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice iaitu Nasi Ayam Hainan Ipoh, Kerabu mangga dan Jus Buah Amra.